Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all 5825 articles
Browse latest View live

TERKINI Gempa Aceh: 25 maut, ratusan cedera

$
0
0

MEUREUDU (Indonesia): Sekurang-kurangnya 25 maut manakala ratusan lagi cedera susulan gempa kuat melanda Aceh di Sumatera, awal pagi ini.

Gempa berukuran 6.5 magnitud melanda daerah Pidie Jaya, kawasan terbesar penduduk Islam ketika mereka sedang menunaikan solat subuh.

Ketua Agensi Bencana Daerah, Puteh Manaf, berkata, satu-satunya hospital di daerah itu kini sudah dipenuhi dengan jumlah mangsa yang cedera.

“Data kami di sini menunjukkan 25 orang terbunuh manakala ratusan lagi mengalami kecederaan,” katanya.

– AFP


70 Pelajar Sertai ‘Tourism Photo Trail 2016’

$
0
0

IPOH : Hampir 70 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta dari dalam dan luar negeri Perak telah menyertai ‘Tourism Photo Trail 2016’ yang diadakan, di sini, hari ini.

Antara IPT yang menyertai program tersebut ialah Politeknik Ungku Omar (PUO), Kolej Komuniti Sungai Siput, Kolej Komuniti Pasir Salak, Kolej Komuniti Chenderoh, Kolej Komuniti Kuala Langat dan Kolej Komuniti Pekan, Pahang.

Program yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Perak itu telah berlangsung sehari dan diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017.

3

Pengarah Tourism Malaysia Perak, Ibrahim Seddiqi Talib berkata, menerusi program ini, para pelajar diberi pendedahan serta mempromosikan produk-produk pelancongan di negeri ini, khususnya di Ipoh.

“Dalam sektor pelancongan, kita perlu ada satu daya tarikan untuk menarik pelancong datang ke tempat kita dan salah satunya adalah melalui gambar.

“Gambar-gambar ini dimuatnaik di laman Facebook Tourism Malaysia Perak untuk dihebahkan kepada pelancong-pelancong tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut, hari ini.

4

 

Ujarnya, sebanyak tiga tema utama telah dipertandingkan dalam Tourism Photo Trail 2016 kali ini iaitu Heritage Trail, Food Trail dan Mosque Trail.

Untuk program ini, peserta perlu menyertai secara berpasangan bagi setiap pasukan dan yuran adalah percuma.

Terdahulu, kumpulan PUO 4 dari PUO, Ipoh memenangi tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai RM500.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh PUO 2 yang membawa pulang wang tunai RM300 dan KKSS Warrior dari Kolej Komuniti Sungai Siput pula menduduki tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai RM200.

Jangan Gadai Masa Depan Pelajar

$
0
0

IPOH: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diharapkan tidak menjadikan teori pencapaian pelajar melalui peperiksaan yang dilaksanakan hanya berdasarkan ujikaji atau eksperimen semata-mata apabila memperkenalkan dasar atau format pelajaran dan peperiksaan baharu di sekolah pada masa kini.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Akademia Ummah Sejahtera (ARUS) Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata, ia dibimbangi akan menggadai masa depan pelajar yang melalui proses perlaksanaan peperiksaan yang telah diperkenalkan oleh KPM itu.

Tegas beliau, instrumen pendidikan sewajarnya dijadikan sebagai asas utama pencapaian pendidikan pelajar melalui peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah.

“Ada pihak berpandangan agar sesuatu dasar atau format yang telah diperkenalkan oleh KPM mestilah melalui proses atau pendekatan sehingga seseorang pelajar yang terlibat daripada awal sehingga penghujungnya dalam sistem formal pendidikan yang dilaluinya.

“Ini kerana perubahan dalam tempoh pendek tersebut akan menyukarkan semua pelajar dan ia akan menyebabkan kegagalan seseorang pelajar mencapai kehendak perubahan, mencapai keputusan yang mungkin buruk, malah kedudukan peperiksaan akan menurun serta memberikan kesan yang agak besar,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Tambahnya, ARUS Perak berpandangan bahawa KPM perlu mengambil pengajaran daripada Sistem Pendidikan Negara dahulu dan menyesuaikannya dengan kehendak semasa selain mengambil modal daripada negara maju yang boleh diguna pakai dalam penambahbaikan sistem berkenaan.

“Jangan kita ketepikan kebaikan sistem pendidikan di negara maju yang boleh dipratikkan di negara kita kerana ianya mampu mengubah corak pemikiran terutamanya sifat negatif seseorang itu kepada lebih baik iaitu sikap positif.

“Malah kepentingan pendidikan Islam juga boleh dijadikan teras pendidikan dalam negara kita yang memungkinkan teorikalnya yang telah dipelopori oleh saujana ilmuwan Islam khanya dahulu,” katanya lagi,

Beliau berkata, Sistem Pendidikan Negara perlu dipasak dengan kekuatan dalaman dan kebolehan berfikir secara terbuka melalui format pembelajaran mahupun peperiksaan yang diperkenalkan oleh KPM.

Katanya, tenaga pengajar, guru dan pelajar mampu mengikutinya serta faham kehendak sistem pendidikan tersebut yang mana pada akhirnya bukan sahaja di kertas peperiksaan tetapi suatu modal insan yang lebih berkeyakinan dan mampu mencorak masa depan yang lebih cemerlang.

“KPM harus berani dengan memperkuatkan Sistem Pendidikan Negara agar mencapai satu paras pendidikan yang lebih baik dan tidak tunduk dengan teori yang memfokuskan keuntungan semata-mata serta menjadikan pelajar mangsa kepada pencapaian peperiksaan mereka,” katanya lagi.

Kerjasama Lhoist, Beri Impak Baik

$
0
0

TAPAH:Pembukaan kilang kapur baharu di sini berpontensi untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan dan perkongsian ilmu berkaitan sumber berkenaan khususnya di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kedatangan syarikat peneraju global dalam penghasilan minarel, dolomit dan kapur yang berpangkalan di Belgium, Lhoist Group memberi ruang baharu kepada negeri ini untuk menjadi lokasi utama kepada penghasilan utama di Asia.

“Pelan ini (pembukaan kilang)melibatkan penglibatan secara langsung daripada luar yang juga pemain terbesar bagi sektor galian minarel dan batu kapur.

“Usaha Lhoist Group dengan memproses bahan tersebut di sini akan membuka lebih peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan perkongsian teknologi untuk kebaikan semua,” katanya kepada sejurus selepas merasmikan pembukaan kilang kapur Lhoist Group di sini hari ini.

peraktoday2

Turut hadir Pengerusi Lhoist Group, Baron Jean-Pierre Berghmans dan ADUN Ayer kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan.

Tambahnya lagi, usaha tersebut juga menunjukkan komitmen pemain industri tersebut terhadap negeri ini kerana bentuk muka bumi yang baik dan potensi yang mampu diberikan oleh negeri ini

“Keamanan negara ini menggalakkan pelabur besar dari luar negara untuk datang ke sini,” katanya.

Ujarnya kerjasama ini juga akan memberikan impak royalti yang baik kepada negeri dan memberi manfaat kepada semua.

Kilang automatik melibatkan seluas 34 hektar ini bakal menjadi hab Lhoist di Asia yang berfungsi mengemudi operasi perniagaan sedia ada dalam bidang galian minarel dan kapur.

Antara fungsi utama kilang tersebut termasuklah perlombongan batu kapur da pengilang kapur di samping proses penyediaan batu Lhoist juga berkeupayaan untuk menjalankan aktiviti pemprosesan batu kapur secara efisien.

Kilang Lhoist yang beroperasi di Tapah ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih dalam perlombongan dan memiliki kawasan khas bagi tujuan pemunggahan serta pembungkusan yang jauh dari tapak pengeluaran.

peraktoday1

Asyik Bergaduh, Bagaimana Mahu Bentuk Kerajaan?

$
0
0

TAPAH:Pihak pembangkang dilihat masih lagi tidak sefahaman dalam mewujudkan kerjasama antara parti pembangkang lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP yang menyatakan bahawa ahli yang tidak boleh menerima gaya demokrasi DAP boleh keluar daripada parti itu.

Beliau berkata tindakan pihak pembangkang yang berhasrat ingin membentuk kerajaan itu sebahagian daripada permainan politik yang boleh dilakukan bagi menentang Perdana Menteri.

“Sebuah ‘kerajaan’ yang kononnya ingin membantu dan baru bercadang ingin membentuk kerajaan tetapi mula bergaduh-gaduh pada ketika ini dan apa yang akan berlaku setelah membentuk kerajaan?,” soalnya.

Tambahnya lagi, segala tindakan yang dilakukan akan dinilai oleh rakyat dengan melihat terhadap perkembangan parti itu.

Malah tegasnya tindak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencetuskan masalah kepada parti yang sebelum disifatkan oleh sebagai satu parti perkauman.

Zambry menegaskan bahawa perkara penting dalam poilitik kini adalah memberi impak kepada orang ramai serta pemimpin berperanan membantu dan bekerja untuk rakyat.

“Rakyat juga pada akhirnya akan memilih pihak kerajaan yang mana mampu membantu serta memberikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya lagi.

Beliau turut mengakui bahawa pihak kerajaan tidak terkesan kerana tidak mahu terbawa dengan segala tekanan yang diberikan oleh pembangkang termasuklah penganjuran pelbagai program di sekitar Perak amnya.

“Kita mengambil pendekatan berbeza dengan bekerja terus memberikan terbaik kepada rakyat dan akhirnya rakyat akan membuat penilaian mengenainya kelak,” katanya.

Penggunaan Bahasa Rojak, Satu Malapetaka Budaya Serius – DS Zambry

$
0
0

PANGKOR : Penggunaan bahasa yang ‘disemberonokan’ dan dirojakkan dalam dunia serba moden pada hari ini diibaratkan satu malapetaka budaya yang serius, tegas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata, kemodenan teknologi komputer dan alam siber menyebabkan masyarakat sering tersasar hingga kadang kala tidak membezakan yang ‘real’ dan ‘virtual’.

“Hasilnya, kehidupan menjadi kompleks, kadang-kadang mekanikal dan robotik. Acapkali bahasa juga turut disemberonokan. Bahasa sudah dirojak dan dipasemborkan serta ramai orang Melayu yang sudah tidak fasih dengan bahasa ibundanya sendiri.

5

“Pada hari ini, sudah jarang kita temui orang Melayu yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya, termasuk pegawai kerajaan dan para menteri. Ini adalah malapetaka budaya yang amat serius.

“Apatah lagi, ada kalangan yang menganggap mencampur adukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu sebagai satu status simbol alaf baru. Akhirnya, di sana tidak, di sini pun tidak. Ingatlah, kalau kita tidak berasa malu kepada orang, kita harus berasa malu kepada bahasa,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hadiah Karya Darul Ridzuan bersempena dengan Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) 2016 yang diadakan di SMK Pangkor, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi dan karyawan dari dalam serta luar negara.

Dalam majlis tersebut, Zambry turut menyampaikan hadiah kepada pemenang HKDR ke lima selain daripada mendeklamasikan puisi bertajuk ‘Siapakah Engkau?’ hasil karyanya sendiri.

1

Turut diadakan ialah peluncuran tujuh buah buku iaitu Pawana Pangkor, Kumpulan Puisi Bandar-Bandar di negeri Perak dan Cer Cerita oleh Zambry.

Buku lain ialah Jejak Temasik II, Narasi Tentang Tan Sri, Merenungi Dunia Naratif Malim Ghozali PK dan Malim Nawar Telah Kupinjam Namamu.

Terdahulu, seramai 120 penggiat sastera dan seni dari 20 negara hadir dalam PULARA 2016 yang memasuki tahun ke tujuh penganjurannya.

Zambry berkata, masih banyak perkara perlu dilakukan untuk mengembalikan kegemilangan Bahasa Melayu yang pernah menjadi ‘lingua franca’ di rantau ini.

19 Keluarga Terjejas Banjir Di Pantai Remis

$
0
0

IPOH:Jumlah mangsa banjir setakat jam 7.30 pagi tadi sebanyak 79 orang mangsa di satu pusat pemindahan sementara menurut sumber Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat.

Kesemua mangsa melibatkan 19 keluarga daripada kawasan Pantai Remis ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Rendah Agama Rakyat Kampung Padang Serai.

Mangsa melibatkan 19 keluarga iaitu 44 orang perempuan dan 35 lelaki.

Pusat pemindahan itu dibuka sejak 2 Disember lalu apabila paras air meningkat dan rumah penduduk tidak sesuai untuk didiami.

Miliki Cecair Vape Bernikotin, Peniaga Didenda RM1,200

$
0
0

IPOH: Seorang peniaga hari ini didenda RM1,200 di Mahkamah Majistret, di sini, selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki dan menjual cecair yang mengandungi Nikotin pada November tahun lalu.

Majistret, Siti Hanum Mohmad Sah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Meor Sukri Meor Osman, 39, dan turut memerintahkan agar tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya gagal menjelaskan denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki 14 botol cecair yang mengandungi racun jenis Nikotin tanpa kebenaran di premis miliknya di Jalan Ampang Baru 6C, Pusat Perdagangan Ampang Baru di sini, pada 5 November 2015 jam 3.00 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13 (a) dan Seksyen 13 (b) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) akta yang sama yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun dibebaskan selepas menjelaskan denda tersebut.

Pendakwaan telah dibuat oleh Pegawai Pendakwa dari cawangan Penguatkuasa Farmasi negeri Perak, Mohd Faiz Abdullah Sahimi, manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid.


PULARA Terus Bentuk Jati Diri Bangsa

$
0
0

PANGKOR : Penganjuran Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) Pangkor menekankan kepada aspek pembinaan bahasa, jati diri dan hal yang bersangkutan dengan kegiatan-kegiatan kebudayaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, meskipun terdapat pihak yang mengatakan program sebegini tidak popular dan bersifat ‘jiwang’, tetapi ianya berupaya membangunkan jati diri bangsa.

3-2

“Dalam aspek negara maju, mereka akan memberi penekanan dalam aspek-aspek ini (bahasa, jati diri dan kebudayaan). Seperti China dan Jepun misalya, mereka mempunyai penyair-penyair mereka sendiri untuk memperkayakan bahasa mereka.

“Saya harap, semakin kita membangun, dalam masa yang sama, kita dapat membangunkan jatidiri, budaya dan bahasa kita. Ini yang Perak cuba kemukakan bukan sahaja di peringkat negeri dan negara, tetapi di peringkat antarabangsa,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan PULARA Pangkor 7 2016 di Dewan Besar SMK Pangkor, di sini, hari ini.

1-1

Sebanyak 20 buah negara menyertai PULARA Pangkor 7 pada penganjuran kali ini.

Ujar Zambry lagi, proses bahasa adalah satu proses untuk membina jati diri dan merupakan satu proses yang berterusan.

“Dengan cabaran yang ada pada hari ini, ada orang yang mengambil mudah soal bahasa tetapi sebenarnya, kita perlu terus belajar.

“Dari segi kemampuan untuk menguasai bahasa lain, ia satu keistimewaan tetapi menguasai bahasa dengan tepat, ianya adalah satu proses.

“Sebagai anak jati Malaysia, tentunya kita mempunyai jati diri kita. Salah satunya ia dibina oleh bahasanya iaitu bahasa kebangsaan,”katanya.

2-2

Sementara itu, Zambry turut berkata, Perak konsisten untuk menganjurkan program-program sebegini dan kini, PULARA telah menjadi salah satu program yang terkenal dalam kalangan penyair-penyair dunia.

Katanya, Kongres Penyair Sedunia sudah mengiktiraf PULARA sebagai salah satu acara tahunan yang akan dihadiri oleh kongres tersebut.

Isu Teluk Muroh : Zambry Ulangi Pendirian

$
0
0

PANGKOR : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengulangi pendiriannya mengenai pembangunan kampung nelayan di Teluk Muroh adalah untuk kepentingan penduduk di kampung tersebut.

Ujarnya, projek tersebut bukanlah satu projek korporat atau persendirian tetapi sebaliknya ia adalah untuk masyarakat di kampung tersebut.

“Kita sudah berbincang dengan masyarakat di situ. Seperti saya cakap sebelum ini, jika orang kampung tidak mahu, kita tidak akan buat.

“Kita sebagai pemimpin berfikir apa yang kita boleh berikan kepada mereka. Kita bukannya ambil tanah disitu untuk diberikan kepada korporat dan menghalau mereka. Sebaliknya, apa yang kita buat ini adalah untuk mereka,”katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) Pangkor 7, di sini, hari ini.

7-2

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu himpunan yang dijangka akan diadakan hari ini di Teluk Muroh bagi membantah projek yang akan dijalankan di kampung nelayan itu.

Antara pembangunan yang dirancang di Teluk Muroh adalah termasuk rumah untuk nelayan, pembinaan jeti, tempat pendaratan ikan termasuklah kemudahan-kemudahan lain seperti mendalamkan laluan untuk bot-bot nelayan masuk ke jeti.

Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor berkata, pihak yang membantah projek tersebut adalah pihak luar.

“Mereka yang membantah ini adalah orang luar. Bagi saya, kalau orang disitu tidak mahu, saya tak ada masalah,”katanya.

Zambry berkata, mana-mana aktivis alam sekitar misalnya, yang ingin membantah tentang projek tersebut, pihak tersebut boleh berjumpa dengan Pegawai Daerah untuk mendapatkan penjelasan.

“Kita sudah merujuk kepada jabatan-jabatan untuk beri pandangan mereka. Kalau mereka kata tidak boleh, kita tidak akan buat,”tegas Zambry.

Lori Diesel Terbalik, Laluan Terowong Menora ke Sungai Perak Sesak

$
0
0

IPOH: Laluan arah utara di Lebuhraya Plus dari Terowong Menora ke Sungai Perak sesak sepanjang 16 kilometer.

Ia berikutan sebuah lori diesel tangki terbalik di Kilometer 256.5 pagi ini.

Menerusi laman twitter Plusline, semua lorong terhalang bagaimanapun laluan kontra telah dibuka.

Pengguna dinasihati untuk Keluar di tol Ipoh-Selatan untuk mengelakkan kesesakan tersebut.

Sultan Perak Rasmi Majlis Penutup PULARA 7

$
0
0

PANGKOR : Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor (Pulara) yang berlangsung selama empat hari melabuhkan tirainya malam ini dan tambah meriah dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

img-20161211-wa0019

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi dan Pengerusi Pulara, Mohd. Ghazali Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Malim Ghozali PK.

Tirai persembahan sempena majlis penutupan Pulara itu dimulakan dengan persembahan tarian tradisional dan bacaan puisi para pengiat seni.

img-20161211-wa0011

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Seni Budaya Negeri Perak Darul Ridzuan 2016 iaitu bagi kategori Anugerah Karyawan Seni kepada Rashdi Abdul Kharis manakala Malim Ghozali PK pula menerima Anugerah Tokoh Seni Budaya.

img-20161211-wa0009

Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Hadiah Karya Darul Ridzuan Ke-5 kepada Orang Kaya Imam Paduka, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti Shaari bagi kategori Ilmuan Negeri Perak Darul Ridzuan manakala Anugerah Karyawan Sepanjang Hayat dianugerahkan kepada Profesor Dr. Mohamad Bohari Ahmad@Muhammad Bukhari Lubis.

img-20161211-wa0001

Pada majlis tersebut, baginda turut melancarkan buku Antologi Puisi-Puisi Pangkor 6 dan Angin karya Toshie Tai.

Sementara itu, Zambry dalam ucapan aluannya berkata, Pulara yang telah menjadi acara tahunan bagi Pulau Pangkor itu bukan sahaja disertai penyair dan penggiat lagu rakyat dari negara Asia Tenggara malah kali ini menghimpunkan peserta dari negara-negara Amerika Latin, Eropah dan Asia Timur.

img-20161211-wa0002

Katanya, ini memperlihatkan bahawa dunia sudah mula mengenali Pulau Pangkor bukan hanya sebagai pulau nelayan sebaliknya memainkan peranan sebagai pulau seni, sastera dan budaya.

“Tema Pulara pada tahun ini ialah Puisi Mengharmoni. Sejajar tema itu, puisi dilihat mampu menyantunkan banyak perkara bukan sahaja suasana dan daya pertimbangan malah mengajar manusia mengenal erti keindahan dan mensyukuri alam serta seluruh kejadian.

“Malah dalam dunia yang semakin kehilangan erti silaturahim dan hormat menghormati, puisi juga dilihat mampu  mendamai dan mengharmonikan. Pemimpin-pemimpin dunia hilang malu lalu mengheret erti kemanusian, percayalah puisi mampu mengharmonikan,” ujar beliau.

img-20161211-wa0005

Zambry terdahulu turut menyampaikan puisi karyanya bertajuk berhati-hatilah turuni tangga itu.

Festival yang masuk tahun ketujuh penganjurannya sejak 2010 telah diiktiraf oleh Kongres Penyair Sedunia itu dihadiri kira-kira 400 penyair,sasterawan dan budayawan dari 20 buah negara.

377 Perajurit Muda TUDM Siri 55/2016 Tamat Latihan

$
0
0

IPOH: Seramai 377 Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 55/2016 hari ini telah diraikan dalam Majlis Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan di Padang Kawad Institut Latihan Tentera Udara (ITU) Ipoh, di sini.

perak-today-9

Perajurit Muda berkenaan terdiri daripada 345 pelatih lelaki dan 32 pelatih wanita yang telah memulakan latihan pada 1 Julai sehingga 30 Disember 2016.

Pada majlis tersebut, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Roslan Saad turut melakukan pemeriksaan perbarisan terhadap kesemua Perajurit Muda yang telah berjaya menamatkan latihan asas PJM selama 24 minggu yang dibahagikan kepada tiga fasa.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan majlis tamat latihan untuk rekrut-rekrut (pelatih) bagi setiap enam bulan yang mana ianya amat penting kerana mereka akan menjadi kesinambungan masa hadapan TUDM.

“Setiap tahun kita akan mengambil lebih kurang 400 anggota dan pada siri ke 55 kali ini kita dapati terdapat 377 termasuk 32 wanita yang telah pun tamatkan latihan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis berkenaan di sini, hari ini.

perak-today-8

Terdahulu, beliau turut menyampaikan tiga anugerah iaitu Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan, Perajurit Muda Akademik Terbaik dan Perajurit Muda Penembak Terbaik.

Perajurit Muda Udara, Mohamad Hazipi Zolkipli, 23, telah dipilih sebagai Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan dan menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara.

Manakala Perajurit Muda Udara Meor Ahmad Fariz Tupandi, 24, (Perajurit Muda Akademik Terbaik) telah menerima Piala Pusingan Panglima Pendidikan Udara dan Perajurit Muda Udara, Noor Subhie Noor Indra, 22, dipilih sebagai Perajurit Muda Penembak Terbaik.

perak-today-5

Ujar Roslan, kesemua pelatih berkenaan akan diserap dalam pelbagai kepakaran di TUDM termasuk kejuruteraan, material, pentadbiran dan penerbangan.

“Mereka kemudiannya akan menjalani kursus asas masing-masing yang mana mungkin akan mengambil masa, ada yang enam atau sembilan bulan. Tapi bagi kejuruteraan akan terus pergi ke Alor Setar untuk membuat latihan dalam bidang teknikal yang lebih mendalam,” katanya lagi.

perak-today-6

Dalam pada itu, beliau berkata, TUDM juga mementingkan daripada segi teknologi, pelajaran serta kepakaran dalam pengambil pelatih baharu.

“Kita akan mengambil kategori mereka yang berkelayakan, mempunyai kepakaran daripada segi pelajaran untuk diserapkan dalam bidang teknikal, air traffic (lalu lintas udara) dan bidang material yang memerlukan kemahiran tinggi yang mana mereka akan dilatih dengan acara lebih teknikal,” katanya lagi.

perak-today-4 perak-today-3 perak-today-2 perak-today-1

Sultan Perak Hadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak

$
0
0
TANJUNG MALIM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Dewan Sri Tanjong, Daerah Muallim, di sini. Turut berangkat pada majlis itu, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Muda dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nur Mahani Raja Shahar Shah. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli serta turut dihadiri oleh kira-kira 2,000 rakyat setempat. Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan beberapa anugerah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat …

Pecah Amanah Berpotensi Gugat Kemakmuran Negara -Sultan Nazrin

$
0
0
TANJUNG MALIM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perbuatan pecah amanah berpotensi menggugat kerukunan ummah dan kemakmuran negara. Titah baginda,sejarah menunjukkan bahawa perbuatan pecah amanah dan rasuah, tamak harta dan penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia adalah faktor yang menyebabkan kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun. Baginda bertitah, apabila kuasa dianggap satu peluang untuk memenuhi kepentingan diri dan bukan satu amanah untuk mengimarahkan bumi Allah, maka akan rosaklah tataurusan pemerintahan yang akhirnya berkesudahan dengan kejatuhan sesebuah kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun. “Dalam sejarah kerajaan-kerajaan Islam, ramai kalangan pemimpin Bani Umaiyah dan Bani Abas telah lupa kepada amanah Ilahi …

Banjir: Jumlah Mangsa Berkurangan

$
0
0
IPOH:Jumlah mangsa di daerah Manjung yang terjejas akibat banjir mencatatkan penurunan kepada 43 orang daripada 10 keluarga yang ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara setakat jam 7.30 pagi tadi. Menurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, 10 keluarga berkenaan ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Rendah Agama Rakyat Kampung Padang Serai. Mangsa melibatkan 23 perempuan dan 20 lelaki berada di pusat pemindahan itu. Menurut sumber Kampung yang terjejas di Manjung adalah Kampung Serapoh, Kampung Simpang 3 dan Kampung Padang Serai dengan paras air banjir setinggi 0.1 meter dan persekitaran perumahan mangsa didapati belum surut sepenuhnya.

Promosi Perak Melalui Pemandu Pelancong

$
0
0
IPOH : Seramai 70 pemandu pelancong dari seluruh negara berkumpul untuk merasai sendiri pengalaman melawat bandaraya Ipoh. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, ia adalah satu program yang berterusan untuk mempromosikan Ipoh di kalangan pelancong. “Mereka ini berbasikal di bandaraya Ipoh untuk mendapatkan pengalaman secara peribadi khususnya di kawasan bandar lama Ipoh. “Ini merupakan satu inisiatif yang baik dari pihak swasta khasnya dari Persatuan Pemandu Pelancong dan Mbike dimana mereka mempromosikan Ipoh melalui medium lain iaitu pemandu pelancong,”katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melepaskan acara kayuhan basikal di Kinta Riverfront di …

PPN Perak Sumbang ke Tabung Rohingya

$
0
0
IPOH:Ujian getir yang ditempuh masyarakat Rohingya bukan sahaja mendapat perhatian Kerajaan Malaysia malahan pelbagai pihak tampil untuk terus menyumbang derma bagi membela nasib mereka. Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Datuk Nazrin Ismail sejumlah RM5,000 dari tabung pertubuhan itu telah disumbangkan kepada Tabung Rohingya TV3 bagi membantu kumpulan etnik tersebut. Ujarnya, sumbangan tersebut melibatkan hasil kutipan daripada 30 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang beroperasi di seluruh negeri. “Pihak PPN juga turut mengesyorkan setiap unit PPK seluruh negeri mengutip sumbangan berterusan bagi membantu kumpulan etnik Rohingya,”katanya. Tambahnya lagi, kesusahan yang dialami para peladang satu ketika dahulu telah memberi kesedaran dan keperhatinan yang …

7 Pesakit Terima Tajaan Pembedahan Katarak

$
0
0
IPOH: Seramai tujuh pesakit telah menerima tajaan perubatan untuk melakukan pembedahan katarak secara percuma di Pantai Hospital Ipoh (PHI). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, semua ini dapat dilaksanakan dengan bantuan daripada dana Khazanah IHH Healthcare (KIHHHF) yang mana ia bertujuan menyediakan bantuan perubatan dan kewangan kepada pesakit yang kurang berkemampuan. Ujarnya, enam daripada pesakit berkenaan berasal dari Temoh, manakala seorang dari Kampar yang terdiri daripada golongan warga emas. “Kita telah mengadakan karnival kesihatan di kawasan mereka dan apabila mereka datang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, kita …

Kes Denggi di Perak Menurun

$
0
0
IPOH: Jumlah kumulatif kes denggi di Perak sehingga 10 Disember 2016 telah menunjukkan penurunan sebanyak 60.9 peratus. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon, sehingga minggu epid 49, jumlah kumulatif kes denggi adalah 3,549 iaitu penurunan sebanyak 5,520 kes berbanding tempoh yang masa tahun 2015 yang mencatatkan 9,069 kes. “Daripada segi kes kematian pula, ianya telah menurun daripada 24 kes untuk tahun lepas kepada 10 kes kematian pada tahun ini,” katanya dalam sidang media ketika ditemui di sini, hari ini. Selain itu, beliau berkata, kalau dilihat daripada graf …
Viewing all 5825 articles
Browse latest View live