
IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta supaya satu jawatankuasa dibentuk bagi mencari jalan penyelesaian masalah kesesakan jalanraya yang kini berlaku di Bandaraya Ipoh.
Beliau berkata masalah kesesakan yang mulai berlaku berpunca daripada bilangan kenderaan yang semakin banyak yang datang daripada dalam dan luar negeri Perak khususnya ketika waktu hujung minggu dan cuti persekolahan.
Justeru penubuhan jawatankuasa khas berkenaan diliihat mampu mencari jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang.
“Jawatankuasa tersebut melibatkan penyertaan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, Ketua Polis Perak dan Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.
Tegasnya lagi, semua pihak perlu melihat dari aspek tumpuan yang boleh kita kembangkan khusus dalam bidang perkhidmatan dan pelancongan.
“Datuk Bandar perlu meneliti dan memilih beberapa kawasan terlibat untuk nmengatasi masalah kesesakan tersebut.
“Saya juga telah memaklumkan kepada datuk Bandar untuk melihat perancangan masa depan dan termasuk juga pembangunan yang baharu seperti ini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata perkara ini dapat dibincangkan secara bersama dengan pendekatan dan perkongsian oleh pihak swasta.
Selain itu, MBI perlu mengambil kira keluasan jalan dan tidak sewenangnya membenarkan pembangunan besar di kawasan yang tidak sesuai.
Kebanjiran kenderaan yang meningkat perlu mengambil kira keluasan jalanBila kita merancang semua perkara perlu diberi perhatian termasuk jalan raya.
Pemaju juga disaran untuk berkerjasama pihak Kerajaan negeri serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak untuk memikirkan jalan penyelesain terbaik.
Tambahnya lagi, pembangunan di Bandaraya Ipoh amnya perlu menerapkan konsep kehidupan termasuk juga di Daerah lain seluruh Perak.