Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Banjir Kilat: Mangsa Mahu Penyelesaian Segera

$
0
0

IPOH: Mangsa Banjir kilat di Kampung Hock Aun terpaksa berputih mata apabila kawasan perumahan mereka itu dilanda banjir kilat yang disifatkan paling teruk pernah dialami mereka pada petang semalam.

Salah seorang penduduk, S Subramaniam, 68, menyatakan banyak aduan yang telah dibuat terhadap pihak berkenaan seperti Majlis Bandaraya Ipoh, namun, masih tiada tindakan diambil oleh mereka.

“Saya telah membuat banyak aduan kepada pihak berkenaan bermula pada tahun 2009, namun sehingga kini masih tidak ada sebarang tindakan dan saya berasa amat kecewa dengan layanan mereka terhadap penduduk disini.

“Saya dah tinggal disini semenjak 31 tahun yang lalu, dan semenjak pembangunan di sini berlaku dengan pesat, banjir kilat menjadi semakin teruk”, ujarnya.

C Vijayan, 40, pula menyatakan persiapan keluarga mereka untuk menyambut perayaan Deepavali musnah dalam kejadian banjir kilat yang berlaku semalam.

PERAK TODAY 1

“Semua baju, kuih raya, perabut baru hanyut kerana air naik sangat cepat semalam”, ujarnya.

Vijayan mahu pihak kerajaan mengambil tindakan segera bagi membantu penduduk dikawasan ini kerana masalah yang dihadapi mereka telah lama berlaku.

Selain itu, beliau juga menyatakan kegusarannya mengenai masalah bekalan sumber air bersih yang turut dihadapi penduduk dikawasan ini.

Masalah itu telah mendapat perhatian daripada Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang mengadakan lawatan ke kawasan kejadian pada pagi tadi.

PERAK TODAY 6

Menurut Zainol, beliau akan cuba sedaya upaya untuk membantu penduduk disini menyelesaikan kedua-dua masalah tersebut.

“Saya akan meminta pihak Lembaga Air Perak (LAP) dan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak untuk memberi maklum balas.

PERAK TODAY 3

“Isu paling utama adalah keselamatan penduduk disini dan saya akan berjumpa dengan pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk melihat aduan-aduan yang telah dibuat dan berbincang mengenai tindakan apa yang boleh dibuat bagi membantu mereka”, ujar beliau.

Tambahnya, penyelesaian jangka pendek untuk mereka adalah menyediakan tempat pemindahan sementara.

PERAK TODAY 4

“Bagi pelan jangka masa panjang, Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) akan dilaksanakan tetapi ianya mengambil masa walaupun telah diluluskan,”.

PERAK TODAY 5

Zainol dalam pada itu turut memaklumkan bahawa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu memberikan bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir semalam.

PERAK TODAY 7

Beliau juga mahu masyarakat bekerjasama untuk menjaga sistem saliran air kerana didapati banyak sampah-sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sistem perparitan menyebabkan saliran air tersumbat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Trending Articles