Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Enakmen Pengurusan Pesisir Pantai 2016 Diluluskan

$
0
0
zahir

IPOH: Sidang Dewan Undangan Negeri ke-13 Penggal Pertama hari ini meluluskan Enakmen Pengurusan Pesisir Pantai 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata, dengan lulusnya enakmen tersebut, ianya memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk menyelia, mentadbir, mengurus dan memajukan pembangunan pesisir pantai di negeri ini.

“Kita mempunyai kawasan pesisir pantai yang agak panjang di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia, sekitar 230 kilometer, dan terdapat banyak aktiviti-aktiviti komersial seperti industri perlombongan, pelancongan, perkapalan dan termasuklah aktiviti terminal.

“Tetapi kita tidak mempunyai Lembaga Perlabuhan sepertimana negeri-negeri lain. Walaupun kita mempunyai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah serta akta-akta tertentu, kebanyakkannya tidak boleh digunapakai terutamanya apabila pesisir pantai ini kita nak optimumkan penggunaan kemajuannya dari segi ekonomi apabila ada pertindihan kuasa,”katanya dalam sidang media, hari ini.

Berikutan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri akan menubuhkan satu majlis yang akan mengeluarkan satu ‘blueprint’ mengenai pembangunan pesisir pantai yang komprehensif.

“Dengan adanya enakmen ini, kita akan memanggil agensi-agensi berkaitan untuk mendapatkan cadangan-cadangan untuk membangunkan kawasan pesisir pantai secara komprehensif supaya kawasan itu boleh kita bangunkan secara optimum.

“Caj dan levi juga akan ditentukan juga oleh oleh majlis ini,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Mohamad Zahir berkata, kelulusan Enakmen Pengurusan Pesisir Pantai 2016 ini juga bertepatan dengan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat dari Banting ke Changkat Jering.

“Jadi, banyak kawasan-kawasan baru akan dibuka seperti kawasan perindustrian, kawasan pembangunan, kawasan pelancongan dan lain-lain lagi,”ujarnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825