Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Peranan Isteri Dorong Kejayaan Wakil Rakyat BN-PM

$
0
0

IPOH: Peranan isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) adalah sebagai pengukuh semangat kepada para suami dalam masa senang dan susah.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak isteri berperanan sebagai pemberi semangat dan dorongan kepada para suami selaku pemimpin yang mengalas tugas sebagai wakil rakyat.

“Isteri sebagai pemberi semangat, dokongan dan dorongan  ini amat penting bagi kita.

“Jika isteri kita berperanan seperti ini tidaklah kepala kita serabut dan tenang,” katanya menyampaikan ucapan penutupan dalam majlis Majlis Makan Malam “Sehati Kita Sejiwa” dan penutupan kejohanan PTIWRBNW bertempat di Hotel Kinta Riverfront di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Tambahnya lagi, isteri wakil rakyat mempunyai peranan besar dan jika timbulnya masalah akan menjejaskan pemikiran dan sukar untuk menjadi pemimpin dan wakil rakyat.

“Dia mesti jaga kita keluarga kita jadi penghibur, teman kita dan menjadi segala-galanya supaya kita menjadi wakil rakyat BN yang disenangi,” katanya.

Tambahnya lagi pihak suami, disaran memenuhi timbal balas (keperluan) kepada para isteri bagi menjaga hati mereka dan memberi pertimbangan kepada keperluan mereka.

Ujar Najib lagi, turut menjadi salah satu asas kepada semua iaitu bergerak sebagai satu keluarga tema sehati sejiwa kita mesti berdiri dalam keluarga BN.

“Negeri Perak penuh dengan kemajuannya dan keistimewaannya seperti makanan, apa sahaja yang ingin dibangunkan akan merubah wajahnya dan Timbalan Perdana Menteri juga pastinya akan memberi perhatian kepada kemajuan negeri ini,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Trending Articles