Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Peringatan Keras Buat Peniaga- KPDNKK

$
0
0
PERAK TODAY 3

SELAMA:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), memberi amaran keras terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berikutan penarikan subsidi tepung gandum pek 25 kilogram baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kebanyakan pengguna domestik hanya membeli tepung gandum dalam pek bersaiz sekilogram dan bukannya pek 25 kilogram.

“Jika ternyata ada peniaga yang menaikkan harga roti canai  berikutan penarikan subsidi tepung 25 kilogram itu sila buat laporan kerana KPDNKK  supaya pihak kami akan menyiasat tempoh operasi restoran itu telah dibuka dan premis itu akan dikompaun mengikut tempoh operasinya.

“Jika sudah lima tahun premis itu menggunakan tepung subsidi dan kompaunnya adalah selama lima tahun, kepada restoran yang menaikkan harga semata-mata kerana subsidi, siap sedia kami ingin kompaun selama tempoh beroperasi,” tegasnya.

Setakat ini KPDNKK katanya tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga barangan berikutan penarikan subsidi tersebut.

Sementara itu beliau turut mengulas tindakan rampasan yang dilakukan oleh pihak KPDNKK menerusi serbuan yang melibatkan gas petroleum cecair (LPG).

Katanya, KPDNKK tidak boleh menutup keseluruhan operasi premis yang terlibat kerana mengambil kira keperluan rakyat terhadap barangan tersebut.

“Bila pihak kami sudah menjalankan serbuan dan rampasan tidak bermakna perniagaan itu tutup sepenuhnya kerana kita mengambil kira keperluan bahan itu untuk kegunaan orang ramai.

“Bagaimanapun premis berkenaan sentiasa berada dalam pemerhatian supaya tidak menjalankan operasi yang menyalahi undang-undang,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, bagi premis yang didapati tidak memiliki lesen pihak KPDNKK terus mengeluarkan arahan untuk penutupan secara keseluruhannya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Trending Articles