Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

14 Muka Baharu Dilantik Menjadi Ahli Majlis

$
0
0
PERAK TODAY 2

IPOH: Seramai 14 muka baharu daripada MIC dilantik mengalas tugas sebagai Ahli Majlis yang baharu berkuatkuasa pada 1 Mac ini sehingga 31 Disember 2016 di negeri ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Penasihat Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elango, tengah hari tadi.

Antara yang dilantik bagi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ialah Shahul Hamid Mydin Shah (Ketua Bahagian Tambun) dan Datuk R Thangarajah (Ketua MIC Cawangan Taman Pertama Baru), manakala bagi Majlis Perbandaran Manjung (MPM) ialah K Pananthaman (Pengerusi MIC Cawangan Sri Selamat).

Bagi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) pula menyaksikan S Letchumanan (Pengerusi MIC Cawangan Jalong) dilantik menjadi Ahli Majlis, dan bagi Majlis Perbandaran Taiping (MPT) pula digantikan oleh M Muninadan (Ketua MIC Kg Jebong) serta S Kannimuthu turut dilantik.

Sementara itu, Datuk M Ramachandran (Ketua MIC Bahagian Teluk Intan) dilantik menjadi Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) pula menyaksikan T Nallathamby (Ktua MIC Cawangan Menglembu Baru) dan I Vedamany (Ketua Wanita MIC Bahagian) turut dilantik.

Bagi Majlis Daerah Perak Tengah pula, R Simon Jude (Ketua Pemuda MIC Bahagian ipoh Barat) dan S Subramaniam (Pengerusi MIC Cawangan Taman Harumi Baru) bagi Majlis Daerah Kampar, T Subramaniam (Ketua MIC Cawangan Kelly’s Castle) telah dilantik selaku Ahli Majlis yang baharu.

Manakala bagi Majlis Daerah Kerian, R Balu (Ketua MIC Bahagian Parit Buntar), serta Majlis Daerah Selama menyaksikan T Kalai Chelvam (Ketua MIC Cawangan Kampung Kasi) dilantik menjadi Ahli Majlis yang baharu.

Elango turut berkata, mereka yang digugurkan berikutan tidak lagi menjadi ahli MIC selain daripadanya didapati mempamerkan prestasi perkhidmatan yang tidak memuaskan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Trending Articles