Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Remaja Lemas Ketika Memancing Ditemui

$
0
0
IMG-20160117-WA0009

SITIAWAN: Mayat seorang remaja lelaki 14 tahun, yang dipercayai lemas ketika sedang memancing dalam kejadian yang berlaku petang semalam telah ditemui oleh pihak penyelamat awal pagi tadi.

Mangsa dipercayai terjatuh kedalam sungai apabila gagal mengambil batang pacingnya lalu dihanyutkan arus deras semasa sedang memancing bersama rakannya  sekitar jam 6.12 petang semalam.

Menurut sumber jurucakap Balai Bomba dan penyelamat, air pada ketika itu sudah mulai pasang dan kedalaman dianggarkan sekitar 15 hingga 20 kaki.

“Mayat mangsa ditemui timul di permukaan air sekitar jam 3.30 awal pagi tadi pada jarak 20 meter daripada lokasi kejadian,” katanya.

Pihak penyelamat telah bertindak menurunkan bot dan melakukan pencarian di lokasi kejadian dengan pemantauan berkala setiap satu jam.

Turut membantu dalam operasi pencarian tersebut anggota penyelamat PPDA dari Balai Bomba Dan Penyelamat Pulau Pangkor dan EMRS Manjung.

“Mangsa ditemui telah timbil di permukaan air pada jarak 20 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh,” kata sumber.

Ujarnya lagi, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi pencarian tamat sekitar jam 4.15 pagi tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Trending Articles