Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

VAPE: Kerajaan Negeri Tangguh Pengeluaran Lesen

$
0
0
PERAK TODAY 9

IPOH: Kerajaan Negeri Perak menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Perak tidak lagi akan mengeluarkan lesen kepada peniaga-peniaga e-rokok atau vape sehingga menerima keputusan muktamad daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kabinet.

Pengerusi Jawatakuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baru Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, sehingga kini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah memberikan lesen kepada 23 premis penjualan vape.

“Saya dimaklumkan bahawa sudah ada 23 premis yang telah diberikan lesen dan kita sedang melihat bagaimana untuk berurusan dengan yang lain.

“Kita terpaksa lakukan ini demi kesihatan masyarakat. Kita tidak akan keluarkan lesen premis untuk e-rokok dan vape,”katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Sihat Tanpa Vape Peringkat Negeri Perak di Dewan Bankuet Kementerian Dalam Negeri, di sini, tengah hari tadi.
PERAK TODAY 10

Mah turut menegaskan bahawa kerajaan negeri Perak masih dengan pendirian untuk menunggu keputusan muktamad daripada KKM dan Kabinet terlebih dahulu berhubung perkara tersebut.

“Maka, sepanjang kita menunggu keputusan muktamad (daripada KKM dan Kabinet) itu, jadi kita telah mengarahkan agar PBT tidak mengeluarkan lesen baru kepada peniaga vape,”tegasnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak (Farmasi), Mohd Yunos Shaari berkata, penjualan cecair perisa vape yang mempunyai nikotin terletak dibawah Akta Racun.

“Jadi perkara-perkara yang mempunyai nikotin ini hanya boleh dijual dan dibekalkan oleh doktor dan farmasi. Orang lain tidak boleh menjual atau bekalkan sebarang bentuk nikotin,”tegasnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Trending Articles