Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

MBI Tetap Selenggara Taman Dr

$
0
0
3 (3)

IPOH: Kerajaan negeri hari ini menafikan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Buntong, Sivasubramaniam yang mendakwa persekitaran di Taman Dr Seenivasagam tidak diselenggara dengan baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sentiasa memastikan persekitaran setiap kawasan di bandaraya ini diuruskan dengan baik termasuklah taman tersebut yang turut dikenali sebagai Taman DR.

“Sekarang anda boleh lihat perubahan yang berlaku di taman tersebut dan tidak semestinya kawasan ini tidak langsung diuruskan.

“Kita tahu sebelum ini Taman DR pada waktu malam keadaan di situ sangat gelap jadi kita memberi arahan supaya dipasang lampu dan kini telah menjadi taman dan padang permainan sehingga malam,” katanya.

Tambahnya lagi, aspek kebersihan juga telah dijalankan termasuklah mengecat semula kawasan sekitar taman berkenaan.

“Jangan cakap MBI tidak langsung mengendahkannya dan ia adalah tidak adil,” katanya lagi.

“Langkah penceriaan telah dilakukan, saya sedia mendengar rugutan dan ia adalah tanggungjawab wakil rakyat untuk mengutarakan isu tetapi harus diingatkan jangan sehingga menyifatkan MBI tidak melakukan apa-apa,” katanya lagi.

Terdahulu, Sivasubramaniam menyatakan keadaan taman tersebut amat mendukacitakan apabila tahap kebersihan taman termasuklah masalah longkang, kolam, laluan penjalan kaki, pokok-pokok di kawasan taman dan juga keadaan taman jepun yang tidak diuruskan dengan baik.

Keadaan tersebut menimbulkan persoalan sama ada pihak bertanggungjawab iaitu MBI mengambil maklum dan menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dalam penyelenggaraan taman tersebut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Trending Articles