Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Heroine Seberat 27Gram Dirampas

$
0
0
IMG-20160110-WA0012

TAIPING: Pasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Taiping telah berjaya merampas dadah jenis heroin yang bernilai lebih kurang RM800 dan menyita wang tunai sebanyak RM2,000 dalam satu serbuan yang dilakukan pada jam 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harith Kam Abdullah berkata, polis juga telah menahan tiga orang suspek yang didapati positif dadah dalam serbuan yang dilakukan di sebuah rumah di Kampung Benggali, di sini.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah menahan dan membuat pemeriksaan ke atas tiga orang suspek yang berada di dalam rumah berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Hasil siasatan awal, katanya, pihak polis telah menjumpai dadah dipercayai jenis heroin seberat 20 gram pada salah seorang daripada suspek.

“Manakala, dadah dipercayai heroin seberat anggaran tujuh gram turut ditemui dalam rumah tersebut.

“Kesemua suspek yang ditahan berumur di antara 30 hingga 40 tahun. Ujian air kencing menunjukkan ketiga-tiga mereka adalah positif dadah,” ujarnya.

Kesemua suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di bawah Seksyem 39B Akta Dadah Berbahaya 1953.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Trending Articles