Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

AJK Masjid Lahir Rasa Kecewa

$
0
0
PERAK TODAY 2

BAGAN SERAI: Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid Masjid Jamek Matang Gerdu di sini melahirkan rasa kecewa apabila permintaan mereka kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membina semula masjid baharu dengan kapasiti 1,200 jemaah tidak dapat ditunaikan.

Ia berikutan pihak JKR hanya mampu membina semula masjid yang mampu menampung sehingga 700 jemaah dengan peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebanyak RM3 juta.

Pengerusi Masjid Jamek Matang Gerdu, Abd Karim Husain Kadir berkata, JKR memaklumkan kepada mereka, peruntukan itu hanya untuk bangunan masjid utama dan ianya tidak termasuk tandas, tempat wudhu’, dan menara masjid.PERAK TODAY 4

“Kita mula membuat permohonan ini daripada tahun 2012 dan telah diluluskan pada tahun 2014 dengan bantuan dan sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat.

“Apabila peruntukan telah diluluskan, kita telah bermesyuarat sebanyak tiga kali dengan pihak JKR untuk membincangkan berkenaan dengan masjid baru ini.

“Akhir sekali kita bermesyuarat pada 3 November 2015, kita dipanggil oleh pihak Unit Pelarasan Pelaksana (ICU) pada 30 Oktober dan ICU membuat keputusan bahawa JKR tidak bersetuju dengan permohonan untuk membina masjid baru dengan jemaah 1,200 orang,” katanya kepada Peraktoday ketika ditemui di sini, hari ini.

PERAK TODAY 3

Turut hadir ialah ialah Timbalan Pengerusi Masjid, Zakri Abu Hasan dan Bendahari Masjid, Ishak Nafiah.

Jelas Abd Karim lagi, pihak JKR sebelum ini bersetuju untuk membina masjid baru yang boleh menampung jemaah sebanyak 1,200 orang, menara masjid, tandas baharu dan tempat wudhu’ dengan peruntukkan sebanyak RM4.5 juta namun peruntukan yang diluluskan pula sebanyak RM3 juta.

“Kita telah memohon sebanyak RM3 juta untuk 1,200 jemaah. Ini kerana Jemaah yang ada sekarang ini sudah hampir 1,000 orang.

PERAK TODAY 5

“Jadi dengan pertambahan taman-taman perumahan di sekeliling ini, jawatankuasa masjid telah meminta untuk membuat persediaan masa akan datang,”ujarnya.

Katanya lagi, pihak ICU juga telah meminta dana tambahan sebanyak RM1.5 juta daripada JPM namun masih belum ada perkembangan.

Abd Karim bagaimanapun berkata, beliau dan ahli jawatankuasa masjid bagaimanapun telah dipanggil oleh Orang Besar Jajahan (OBJ) Daerah Kerian yang menasihatkan agar pihak pengurusan masjid menerima peruntukan tersebut dan pihaknya telah bersetuju.

Katanya, pihak OBJ akan berusaha untuk mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk menaiktaraf Surau Al-Faizzin di Taman Serai Permai menjadi masjid.

“Ianya bertujuan untuk menyelesaikan masalah tidak cukup ruang di Masjid Jamek Matang Gerdu ini,”katanya.

PERAK TODAY 1


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Trending Articles