Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

APMM Lumut Tahan Kapal Bersauh Tanpa Kebenaran

$
0
0
IMG-20160108-WA0013

LUMUT: Sebuah kapal dagang bersama seorang kapten dan 13 anak kapal ditahan apabila didapati bersauh tanpa kebenaran di perairan Selat Dinding, kira-kira 2.9 batu nautika barat daya Lumut di sini, petang semalam.

Penahanan terhadap kapal dagangan berkenaan telah dilakukan oleh pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut kira-kira jam 6.36 petang.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 3 Lumut (KPDM), Kepten Maritim Zulinda Ramly berkata, anggota APMM telah mengesan ‘MV Dong Fu’ yang didaftarkan dari China sedang bersauh ketika melakukan rutin pemeriksaan bot dan kapal di sekitar perairan negeri Perak.

 

IMG-20160108-WA0011

Katanya lagi, semasa anggota melakukan pemeriksaan, pihaknya mendapati kapal dagang tersebut telah bersauh tanpa mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia.

“Kapal tersebut ditahan di Selat Dinding bersama dokumen-dokumen serta passport kru kapal dan akan disiasat dibawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (Merchant Shipping Ordinance) MSO 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikompaun.

“Kesemua kru yang ditahan untuk diambil keterangan terdiri daripada dua warganegara Bangladesh termasuk Kapten kapal, 11 warganegara dan seorang warganegara Indonesia.

“Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 30 hingga 51 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Zulinda turut berkata, ini merupakan kes yang kedua dalam tahun 2015 dan 2016 dimana Daerah Maritim 3 Lumut telah membuat tangkapan dibawah MSO 1952 yang melibatkan kesalahan bersauh tanpa kebenaran dari Jabatan Laut Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Trending Articles