Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Tukang Gunting Rambut Di Tepi Gunung

$
0
0

BATU KURAU: Biarpun nampak usang, namun sebuah kedai gunting rambut yang terletak di bawah Gunung di Batu Kurau di sini, sudah beroperasi selama kira-kira 24 tahun.PERAK TODAY 2

Siapa sangka, walaupun hanya beroperasi di kedai kecil di Kampung Perak berkenaan, pelbagai fesyen rambut boleh digayakan oleh pemiliknya Mohd Nasri Salih 66 tahun atau lebih dikenali dengan nama Pak Cik Mat.

Beliau menjalankan perniagaannya selama 24 tahun  itu dengan hanya berbekalkan pengalamannya sendiri untuk menggunting rambut yang bermula daripada usia muda.

Namun kini, beliau mampu memenuhi permintaan para pelanggannya yang menginginkan fesyen rambut yang terkini.

PERAK TODAY 5“Pada mulanya, saya ini orang susah, masa umur 14 tahun itu, saya sambil-sambil gunting rambut di kawasan kampung.

“Apabila sudah membesar, ada kemahiran ini, saya pergi duduk di Sabak Bernam bekerja dan sambil buat (gunting rambut) di Teluk Intan yang dahulunya lebih dikenali sebagai Teluk Anson.

“Kemudian selepas beberapa tahun, saya balik ke sini berkahwin dan terus menetap di sini,” katanya ketika ditemui di kedai miliknya itu.

Ujarnya, idea asal untuk membuka kedai gunting rambut berkenaan tercetus daripada bapa saudaranya.

“Pada awalnya, pakcik saya yang mencadangkan untuk membuka kedai gunting rambut.

“Pada masa itu hanya menggunakan lilin untuk sumber pencahayaan dan awalnya hanya berdindingkan batu,” katanya lagi

Pak Cik Mat berkata, kemudahan yang terdapat di kedai berkenaan dibuat selepas kedainya mendapat perhatian daripada orang ramai.PERAK TODAY 4

“Memandangkan tidak berapa ramai orang yang mahu menjadi tukang (gunting rambut) dan permintaan pula semakin banyak, jadi pakcik terpaksa buat,” jelasnya.

Tambahnya, beliau mampu menggunting rambut bagi 20 orang pelanggan dalam tempoh sehari bergantung kepada keadaan.

“Ikut keadaan… Kalau musim perayaan atau cuti, ramai yang akan datang ke kedai ini untuk menggunting rambut.

“Seorang saya kenakan bayaran sebanyak RM5 ke RM7. Tetapi harga bagi kanak-kanak pula kurang daripada itu,” katanya lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825