Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Insentif RM1.8 Juta Diberi Kepada Petani di Sungai Manik

$
0
0

 

SUNGAI MANIK: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui IADA Seberang Perak telah memperuntukan sejumlah RM1.8 juta kepada petani bagi kawasan Sungai Manik/Labu Kubong.

Peruntukan berkenaan merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh kementerian melalui pelaksanaan Program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) ‘Entry Point Project’ (EPP) 11.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, sebanyak 326 petani telah mendapat manfaat daripada pemberian berkenaan.

“Hari ini seramai 326 orang petani dengan jumlah keluasan sawah padi seluas 896.673 hektar telah mendapat insentif berjumlah RM1,793,346 melalui NKEA EPP 11.

“Semua peserta program berkenaan akan menerima bayaran insentif sebanyak RM2,000 bagi setiap hektar untuk lima musim,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian insentif berkenaan, di sini, hari ini.

Ujarnya, ia adalah untuk memperkukuhkan dan menambahbaik produktiviti penanaman padi di kawasan jelapang padi IADA Seberang Perak.

“Ini merupakan salah satu daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan pengusaha sawah selaras dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang  tahun 2020.

“Sasaran keluasan projek NKEA IADA Seberang Perak menjelang tahun 2020 adalah 8,320 hektar dengan sasaran purata hasil 6.52 tan matrik sehektar,” katanya.

Tambahnya lagi, pelaksanaan NKEA padi di IADA Seberang Perak telah bermula pada musim utama bagi tahun 2012/2013 yang meliputi kawasan projek di FELCRA, Kawasan Awam Seberang Perak dan Kawasan Sungai Manik/Labu Kubong.

“Pengurusan aktiviti persawahan diurus dengan efisien dan melibatkan keseluruhan rantaian nilai oleh ‘Special Purpose Vehicle’ (SPV) yang dilantik.

“Ia termasuklah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik/Labu Kubong, PPK Seberang Perak dan Koperasi Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Seberang Perak,” katanya lagi.

Tajuddin berkata lagi, pihak kementerian juga sentiasa membuat pemantauan supaya pelaksanaan program tersebut berjalan lancar.

“Ia bagi mencapai hasrat pendapatan tahunan petani ketahap RM48,000 setahun seperti yang disasarkan oleh pihak kementerian,” jelasnya.

Selain daripada itu, kementerian turut mengambil langkah dengan mengeluarkan benih padi baru oleh pihak MARDI untuk dibekalkan kepada petani.

“Benih padi ini lebih rintang penyakit yang mana kita tahu hasil padi berkurangan selama ini disebabkan oleh penyakit.

“Ia sudah lama diperkenalkan dan telah pun diedarkan kepada petani, tetapi belum digunakan secara meluas,” jelasnya lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Trending Articles