Perak Today Perak Today - PerakToday - The Portal
IPOH:Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi tampil mendedahkan bahawa pernah ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar oleh parti pembangkang UMNO sekiranya bertindak untuk keluar daripada Pakatan Harapan. Asmuni menerusi satu kenyataan menegaskan bahawa kepimpinan Amanah Perak berdiri teguh di belakang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta mendokong kerajaan yang ada pada hari ini. Beliau yang juga Pengerusi Amanah Perak berkata demikian bagi mengulas mengenai khabar angin konon wujudnya gerakan yang serius untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu oleh beberapa orang exco kerajaan negeri menerusi usul undi tidak percaya di …