Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

[RALAT] Kes Pindah Darah Ada Virus HIV : Perak Today Mohon Maaf

$
0
0

IPOH: Berhubung satu artikel yang dikeluarkan semalam yang bertajuk ‘Hospital Swasta Didakwa Cuai, Pindah Darah Dijangkiti Virus HIV’, terdapat kesalahan maklumat yang dikeluarkan.

Sehubungan itu, Perak Today ingin memohon maaf secara terbuka kepada Hospital Fatimah diatas kesalahan laporan yang diterbitkan semalam yang menyebut hospital tersebut cuai ketika melakukan pemindahan darah kepada pesakit.

Hospital Fatimah tidak berkaitan dengan kes tersebut tetapi pihak hospital hanya merawat pesakit dan menerima pek darah daripada salah satu pusat kesihatan luar di bandaraya ini.

Dengan itu, kami telah menarik semula artikel berkenaan dan meminta kepada semua pihak yang telah berkongsi dan menyiarkan semula artikel tersebut untuk membuat perkara yang sama.

Perak Today sekali lagi memohon maaf diatas kesilapan fakta dalam laporan tersebut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825