Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Warga Emas Sesat Dijumpai Selamat

$
0
0

IPOH: Seorang warga emas yang sesat telah dijumpai selamat pagi tadi dalam satu kejadian yang berlaku di tapak perkelahan Ulu Chepor di sini.

Mangsa, Foo Wan Thot dilaporkan sesat semasa melakukan aktiviti merentas hutan (Jungle Tracking) di kawasan hutan berhampiran tapak perkelahan berkenaan lewat petang semalam.

Sumber berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.53 petang semalam.

“Setibanya jentera ditempat kejadian mendapati, warga emas berusia 80 tahun itu telah tersesat.

“Pihak bomba kemudiannya membentuk dua kumpulan untuk mencari mangsa secara bergilir-gilir sehingga mangsa ditemui,” katanya.

IMG-20151129-WA0002

Sumber berkata lagi, mangsa telah ditemui kira-kira jam 7.35 pagi tadi dalam keadaan lemah.

“Mangsa telah berjaya dibawa keluar pada jam 8 pagi sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan bagi mendapatkan rawatan,” tambahnya.

Ujarnya, anggota bomba turut dibantu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), pihak polis, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta orang awam yang menjadi penunjuk arah.

Operasi menyelamat dan mencari mangsa telah diketuai oleh PKPgB Mohd Zamri.

Turut hadir sama, Ketua Zon 1 Perak, PgKB I, Ruhisha Harris.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825