Perak Today Perak Today - PerakToday - The Portal
IPOH: Kejayaan skuad hoki wanita Wilayah Persekutuan dalam menundukkan Pahang pada perlawanan kelmarin diteruskan apabila berjaya menundukkan skuad hoki wanita tuan rumah, 4-1, dalam saingan Kumpulan B, Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, hari ini. Acara yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, di sini, memperlihatkan Qasidah Najwa Muhammad Halimi dari Wilayah Persekutuan, berjaya menjaringkan gol menerusi pukulan penaltinya pada suku pertama permainan, minit ke-13. Pertahanan skuad Perak dengan mudah dibolosi apabila Nur Zafirah Aziz berjaya menghadiahkan gol padang pada minit ke-16. Qasidah sekali lagi muncul sebagai wira skuad Wilayah Persekutuan setelah berjaya menghadiahkan gol kedua buat pasukannya menerusi pukulan …
Sukma Perak 2018: Hoki Wanita Wilayah Persekutuan Terus Pamer Aksi Terbaik amirrulrabbani