Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Kerajaan Serius Bantu Rakyat Mendapatkan Pemilikan Rumah

$
0
0

IPOH: Kerajaan sentiasa serius dalam membantu rakyat dalam sektor pemilikan rumah dengan menyediakan berbagai-bagai program yang dirancang dengan teliti bagi mencapai matlamat tersebut.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadziah, terdapat banyak program rumah mampu milik yang disediakan Kerajaan buat rakyat.

Antaranya seperti di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Perbadanan Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA).

“Rumah mampu milik ini bergantung kepada harga dan kita ada buat beberapa program seperti dibawah KPKT yang menawarkan rumah dengan harga yang sangat murah iaitu serendah RM 35,000 seunit buat rakyat yang miskin.

“Kerajaan beri subsidi dalam pembangunan rumah, bermaksud jika pembangunan tersebut lebih daripada RM100, 000 seunit, jadi itu bermakna subsidi itu sangat tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media majlis Penyampaian Geran Hak Milik Lot Tanah kepada 41 penduduk India Kampung Razak di sini, pagi tadi.

Jelas Husni lagi, SPNB telah menyediakan program rumah mesra rakyat yang membolehkan individu yang memiliki tanah untuk membuat permohonan bagi membina rumah.

“Terdapat beberapa jenis rumah yang ditawarkan iaitu rumah yang berharga RM65,000 diberi subsidi sebanyak RM20,000, yang menjadikan harga jualan RM45,000.

“Rumah yang berharga RM55,000 pula dijual dengan harga RM40,000 dan rumah yang berharga RM45,000 dijual dengan harga RM35,000,” kata Husni.

Beliau menambah, kerajaaan sentiasa mengutamakan rakyat dalam pemilikan rumah dengan tiga langkah utama iaitu memberi subsidi, pinjaman kepada generasi kedua dan diskaun harga rumah.

Dalam pada itu, seramai 41 orang penduduk setinggan Kampung Razak menerima geran hak milik lot tanah yang disampakan Husni merangkap Ahli Parlimen Tambun.

2 (1)

Penerima-penerima ini telah menduduki kawasan Kampung Razak seluas 10 ekar sejak 40 tahun lalu.

Husni menjelaskan isu perumahan di Kampung Razak adalah isu perumahan yang terakhir diselesaikan kerana pihak pengurusan menghadapi pelbagai masalah sebelum ini.

Beliau juga menyatakan perancangan untuk membangunkan perpustakaan bagi penduduk India dalam kawasan perumahan yang majoritinya kaum India.

1 (1)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Trending Articles