Perak Today Perak Today - PerakToday - The Portal
IPOH:Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berhasrat untuk meneruskan pembangunan yang lebih baik seiring dengan kemodenan Bandaraya Ipoh kini. Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen itu berkata respon diterimanya daripada penduduk setempat serta pengundi adalah sangat baik dan menyenangkan. “Saya patut teruskan kerja saya kerana saya membawa suara rakyat kepada kerajaan dan terus fokus kepada pembangunan fizikal dan sumber manusia. “Malah sebagai calon apa yang saya mahu lihat adalah untuk membangunkan Tambun terus kerana pembangunan tidak berhenti dan perkembangan dunia terlalu cepat kini jadi saya mahukan Tambun membangun pesat dan moden seperti Ipoh,” katanya …