Perak Today
Perak Today - PerakToday - The Portal
IPOH:Sebanyak RM3.5 juta diraih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menerusi bidaan nombor pendaftaran kenderaan ‘AKU’ yang dilihat meningkat sebanyak lima kali ganda dari kebiasaan. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak Mohd Zawawi Zakaria berkata jumlah tertinggi pembidaan melibatkan nombor AKU 1305 sebanyak 49 pembida, diikuti AKU 8055 ‘AKU BOSS’ sebanyak 27 pembina dengan jumlah tertinggi pembidaan sebanyak RM74,000. “Nombor yang turut mendapat sambutan seperti AKU 89 (23 pembida), AKU 69 (21 pembida), AKU 2121 (20 pembida), AKU 4212 (19 pembida), dan AKU 805 (18 pembida) yang telah kita buka pendaftarannya bermula hari ini,” katanya pada satu sidang media di sini …