Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

JDT Tak Beri Peluang Mudah Kepada Perak

$
0
0

IPOH: Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) tidak akan memberi peluang kepada pasukan Perak dalam perlawanan Piala Malaysia yang dijangka berlangsung malam esok.

Kapten JDT, Safiq Rahim berkata, pasukannya akan bermain seperti biasa pada perlawanan tersebut di Stadium Perak.

“Kita akan bermain seperti biasa, tidak ada keselesaan di situ. Kita datang ke sini untuk mendapatkan keputusan yang baik dan mengikut taktikal yang diberikan oleh jurulatih,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan sama ada JDT akan memberi peluang kepada Perak selepas memenangi Piala AFC, hujung minggu lalu ketika ditemui sebaik tiba di hotel penginapan mereka di sini, tengah hari tadi.

9

Terdahulu, JDT telah mengharumkan nama negara selepas berjaya menjadi pasukan Asia Timur pertama memenangi Piala AFC, 1-0 dengan menewaskan pasukan dari Tajikistan, FC Istiklol.

Katanya lagi, sehingga kini, jurulatih JDT, Mario Gomes belum memutuskan lagi pemain yang akan beraksi dalam perlawanan menentang The Bos Gaurus.

“Itu (pemilihan pemain) ikut perancangan yang jurulatih bagi. Tengok pada sesi terakhir latihan kita untuk perlawanan esok.

“Kita tengok siapa yang akan diberi tanggungjawab untuk bermain. Sesiapa yang bermain akan diberi kepercayaan untuk buat yang terbaik,” tegasnya.

11

Beliau turut mengharapkan agar perlawanan pada malam esok akan berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang insiden.

“Saya harap esok tiada tegang-tegang lagi. Pemain harus bagi komitmen yang baik, 100 peratus bermain dengan semangat kesukanan.

“Penyokong juga harus main peranan sebagai penyokong dan mempunyai semangat kesukanan. Ini kerana, kalau ada unsur-unsur negatif, benda itu (insiden) akan berlarutan sampai bila-bila,” katanya.

Terdahulu, perlawanan menentang Perak yang sepatutnya berlangsung pada 4 Oktober lalu ditangguhkan berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825