KUALA KANGSAR: Harga syiling bagi ikan sejuk beku yang menggunakan teknologi Individual Quality Frozen (IQF) ditetapkan pada harga RM10.00 satu kilogram. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad berkata inisiatif yang diberi nama ‘Q-Fish’ ini merupakan antara usaha kerajaan negeri menyediakan alternatif kepada pembeli untuk mendapatkan ikan pada harga yang lebih murah. “Pada hari ini, kita tawarkan kepada pembeli, ikan kembung dengan harga RM8, iaitu lebih murah dari harga pasaran biasa. “Kalau selama ini pengguna merungut ikan kembung mahal, maka hari ini ia dijual dengan harga yang lebih murah”, katanya. Saarani juga berkata, …
↧