Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

MB Perak Temui Warga Karai

$
0
0
KUALA KANGSAR:Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan penduduk serta peniaga pekan Karai sempena program permukiman yang bermula hari ini. Zambry tiba dengan kereta yang dipandunya sendiri kemudian meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk bersarapan bersama penduduk setempat dan menikmati kuih tradisional kundas yang istimewa di sini. Beliau dilihat turut meninjau pelbagai barangan yang dijual di pasar pagi. Kehadiran Zambry ternyata menarik perhatian orang ramai yang mengambil kesempatan bersalaman dengannya. Program ‘walkabout’ itu turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad dan beberapa pemimpin negeri lain.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Trending Articles