IPOH:Kejayaan yang dilakar oleh setiap agensi dibawah kerajaan Negeri merupakan bukti kepada cara penterjemahan dan sistem pasukan yang terbaik. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata,kejayaan itu turut dibantu oleh para pegawai yang mampu menerima arahan serta memiliki semangat pasukan yang baik. “Terjemahan ini membuktikan kita memiliki pegawai dan pekerja yang baik serta mampu membentuk pasukan yang terbaik,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis Anugerah perkhidmatan Cemerlang (APC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bagi tahun 2016. Terdahulu, seramai 112 pegawai telah menerima pengiktirafan sebagai modal insan cemerlang bagi tahun 2016 iaitu yang terdiri daripada 60 pegawai dibawah panel …
↧