Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Kementerian Fokus Kawal Selia Undang-Undang Vape

$
0
0

IPOH:Isu pengharaman penggunaan rokok elektronik Vape tidak menjadi keutamaan pihak Kementerian namun perkara yang perlu diberi perhatian adalah tindakan kawal selia dan peraturan khusus bagi mengawalnya.

Kenyataan itu dibuat oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan supaya diwujudkan kawal selia bagi mengurangkan risiko terhadap pengguna rokok eletronik tersebut.

“Dari segi nikotin perlu dihadkan untuk berapa peratus penggunaannya dan bahan kimia jika ada bagi menggelakkan ia menjejaskan kesihatan penggunanya,” katanya dalam satu sidang media khas sejurus selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Negeri Perak di Ipoh hari ini.

Tambah Ismail lagi, sepatutnya pihak kementerian memberi perhatian terhadap perkara yang lebih merbahaya iaitu rokok.

“Kalau rokok yang lebih bahaya dari vape kenapa kita tidak haramkan rokok, kenapa kita haramkan sesuatu yang kurang bahaya sedangkan membiarkan sesuatu yang lebih bahaya,” katanya.

Beliau juga mahu Kementerian kesihatan untuk terus membuat kajian mengenai risiko penggunaan vape selain mendidik para pengguna Vape mengenai kesannya.

Selain itu, Ismail turut mengakui dari segi keusahawanan, vape berpotensi besar meningkatkan ekonomi iaitu dalam sektor perdagangan dan industri.

Menurut beliau, Malaysia adalah negara kedua terbesar selepas Amerika Syarikat dari segi pendapatan dalam industri vape ini.

“Hampir 95 peratus usahawan golongan belia mempelopori industri vape ini.

“Ia satu fenomena baru yang melibatkan kalangan orang muda bukan hanya menghisap Vape tetapi jual peralatan dan perasa rokok eletronik ini,” katanya.

Tambahnya lagi, industri penghasilan perasa vape juga berpontensi besar apabila ia berjaya dipasarkan ke luar negara seperti di Negara China dan beberapa negara Eropah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825