KUALA LUMPUR: Selaras dengan matlamat dan sasaran Transformasi Nasional 2050 atau TN50, Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FEMAC) dan Gabungan Institusi Latihan Kemahiran Swasta Bumiputera (GILKSB) akan menganjurkan program TN50-Cabaran Melahirkan Belia Berkemahiran Tinggi dan Kerjaya Berpendapatan Tinggi. Menurut kenyataan media MBM, objektif program ini adalah untuk memberi maklumat kepada golongan belia tentang cabaran yang dihadapi oleh golongan belia yang meminati kemahiran untuk mendapat kerjaya berpendapatan tinggi. Program ini juga turut akan disertai oleh Ketua Eksekutif atau Pengurusan Kanan Institusi-Institusi Latihan Kemahiran Awam atau Swasta. Antara cabaran yang akan dibincangkan melalui program ini adalah isu …
↧