IPOH:Pelancaran Transformasi Nasional 2050 (TN50) pada 19 Januari lalu antara lain mahu melihat negara jauh ke hadapan dengan penglibatan generasi muda untuk mendapatkan input berkenaan hala tuju negara. Namun disebalik usaha kerajaan untuk memberi pendedahan berkaitan TN50, terdapat segelintir golongan belia yang masih samar-samar mengenai dialog ‘masa depan’ ini. Norsolehah Adnan 31, berkata secara keseluruhannya dia masih ‘kabur’ dengan pelaksanaan TN50 dan fungsinya kepada golongan belia namun tetap menyifatkan ia satu usaha yang patut diberikan peluang bagi melihat keberhasilannya. “Kita masih lagi memikirkan dengan pelaksanaan wawasan 2020, hingga kini jadi pelaksanaan TN50 secara jujurnya saya masih samar-samar dan kurang memahaminya …
↧