IPOH:Kerajaan Negeri mensasarkan peruntukan sejumlah RM162 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan pembinaan baharu kemudahan sukan di Perak bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 menjelang tahun hadapan. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata setakat ini kerja penambahbaikan dan pembinaan baharu kemudahan sukan telah bermula dimana ia melibatkan beberapa lokasi. Malah ujarnya,selaku tuan rumah, kerajaan negeri telah memulakan beberapa langkah persediaan awal bagi mengenalpasti lokasi acara SUKMA 2018 yang melibatkan setiap daerah di negeri ini. “Pihak kerajaan negeri telah memulakan persiapan awal dengan mengenalpasti lokasi acara supaya ia tidak tertumpu dalam kawasan Ipoh sahaja tetapi seluruh negeri ini …
↧