Kerajaan Perak berbangga dengan percapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 bagi Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Tahfiz Darul Rizduan yang menunjukkan prestasi cemerlang. Exco Agama, Pendidikan Islam, dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata kesemua tujuh sekolah berkenaan menunjukkan peratusan lulus 100% walaupun mereka menerima 3 aliran pembelajaran. “Pada 2016, seramai 361 pelajar dari 3 buah sekolah menengah agama negeri serta 4 buah sekolah tahfiz Darul Ridzuan telah menduduki SPM. “Dan seorang dari pelajar aliran agama ini memperoleh 12A dimana ia sekaligus membuktikan usaha berterusan pelajar, guru-guru dan ibu bapa membuahkan hasil. “Berbanding dengan sekolah …
↧