PARIT: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir gembira berikutan Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Perak Tengah berjaya mencapai sasarannya. Jelas beliau, menerusi pelaksanaan 119 program yang disusun selama lima hari ia dilihat mencapai sasaran apabila sambutan rakyat juga begitu baik dalam penglibatan mereka di setiap program yang dianjurkan. “Ia menunjukkan kemantapan hubungan yang ada antara kerajaan negeri dan rakyat. “Kemesraan yang ditunjukkan di setiap sektor dalam kalangan kakitangan awam dan masyarakat kampung,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan program Fit Perak@Perak Tengah di Dataran Pekan Parit hari ini. Zambry juga menyertai kumpulan …
↧