PASIR SALAK: Satu kajian secara menyeluruh akan dibuat untuk menggunakan teknologi baru iaitu gyrokopter dalam memajukan sektor pertanian. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kajian tersebut termasuklah daripada segi kos, kewangan dan keberkesanan alatan berkenaan. “Kita kena buat kajian menyeluruh termasuk daripada segi kos dan kewangan sama ada ia (gyrokopter) boleh digunakan atau tidak kerana nak beli alat itu memakan kos sebanyak RM700,000 bagi seunit. “Saya juga akan berjumpa dengan pihak yang berkenaan untuk melihat keberkesanannya iaitu sejauh mana ianya dapat mentransformasikan aktiviti pertanian. “Umpamanya daripada segi menabur benih, membaja; meracun, menuai dan sebagainya …
↧