IPOH : Buat pertama kalinya, negeri Perak mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak RM1 bilion bagi tempoh kewangan berakhir 2016. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kerajaan negeri sentiasa bekerja keras untuk mencapai jumlah tersebut. “Buat pertama kalinya, pendapatan kita mencapai RM1.011 bilion. Ianya sesuatu yang mencabar jika melihat kepada keadaan ekonomi semasa. “Bagaimanapun, kami bekerja dengan baik dan berusaha dengan lebih keras untuk menambahkan pendapatan negeri,”ujarnya ketika ditemui selepas majlis Executive Talk dan Perutusan Menteri Besar Perak di sini, hari ini. Zambry berkata, usaha itu bukan sahaja melibatkan beliau seorang, sebaliknya adalah hasil …
↧