IPOH : Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak meminta agar kerajaan Persekutuan membawa isu pemotongan gred padi yang melanda pesawah ke dalam mesyuarat Kabinet berikutan ia memberi kesan kepada pendapatan pesawah. Pengerusinya, Datuk Nadzri Ismail berkata, isu pemotongan gred padi ini tidak boleh sekadar dibincangkan di peringkat kementerian tetapi perlu diusulkan kepada Mesyuarat Kabinet untuk diputuskan. “Piawaian yang digunakan adalah tidak standard. Sekiranya tidak mahu isu ini berlarutan, pelaksanaan pemutuan sebenar padi perlu ditangguhkan. “Sementara itu, semua pihak yang berkaitan perlu mencari kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku,”katanya ketika ditemui dalam satu sidang media, hari ini. Turut hadir pada …
↧