IPOH:Kerajaan Persekutuan diminta untuk menangguhkan pelaksanaan Program pemutuan sebenar padi di negeri Perak sehingga kajian semula terhadap keberkesanannya dilaksanakan. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ia berikutan aduan diterima oleh pihaknya menerusi 18 buah Pertubuhan Peladang Kawasan di negeri ini yang mewakili suara lebih 17,652 ahlinya melibatkan 41,832.67 hektar kawasan tanaman padi. “Rungutan disuarakan oleh mereka apabila melibatkan kadar potongan belian padi yang terlalu tinggi oleh pihak BERNAS dan pengilang swasta sehingga membebankan para pesawah di negeri ini. “Ia berkaitan dengan potongan belian yang terlalu tinggi dan dahulu kadar potongan berada pada tahap 16 peratus hingga 18 …
↧