IPOH : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menerima dua kunjungan hormat di pejabatnya. Beliau menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pendidikan Negeri Perak yang baharu, Mat Lazim Idris dan Pengurus Besar Yayasan Perak baharu, Aida Hazlyn Hassan. Zambry terlebih dahulu meluangkan masa hampir 30 minit bersama dengan Mat Lazim sebelum bertemu dengan Aida Hazlyn. Mat Lazim dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak pada 5 Disember lalu bagi menggantikan Datuk Rozi Puteh Ismail yang dilantik sebagai Ketua Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Mat Lazim sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri …
↧