IPOH: Individu yang melakukan tindakan berbahaya dengan memanjat papan tanda ‘IPOH’ telah tampil menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (IPOH) pagi tadi. Memetik laporan Harian Metro, semua individu berkenaan tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung tindakan yang dilakukan oleh mereka itu. Sumber yang dipetik Harian Metro turut berkata, kumpulan pendaki berkenaan tiba di IPD Ipoh kira-kira jam 10 pagi tadi. “Kesemua mereka diambil keterangan dan setakat ini lapan individu yang tampil,” katanya. Sebelum ini, beberapa keping gambar individu yang memanjat dan bergambar di papan tanda ‘IPOH’ di Jalan Kuala Kangsar di sini telah viral di media sosial. …
↧