Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Sambutan Deepavali Meriah

$
0
0

IPOH: Suasana meriah mewarnai sambutan Deepavali dengan rakyat Malaysia beragama Hindu mengadakan upacara keagamaan dan menerima kunjungan sanak saudara dan sahabat handai di rumah mereka.

Bagi bekas exco kerajaan negeri Datuk G. Rajoo penganjuran majlis rumah terbuka di kediamanannya di Taman Lim di sini merupakan acara tradisi bagi keluarganya.

“Saban tahun ini adalah acara rasmi yang akan dianjurkan sempena sambutan Deepavali,” katanya ketika ditemui dalam majlis tersebut hari ini.

Ujarnya lagi, sambutan kali ini cukup meriah dengan kehadiran sekitar 300 tetamu mewakili pelbagai kaum.

“Kali ini sambutan tetap meriah dan saya menyediakan beliau juadah makanan yang disukai semua rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian tradisional masyarakat India yang memeriahkan suasana sambutan kali ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Trending Articles