Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

BERSIH 5: Biar Pihak Berkuasa Ambil Tindakan – DS Tajuddin

$
0
0

IPOH: Perhimpunan BERSIH 5 yang dijangka akan berlangsung pada 19 November ini tidak akan memberikan apa-apa kebaikan kepada masyarakat, ujar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ujar beliau, perhimpunan tersebut sebaliknya akan mendatang pelbagai masalah termasuklah kesesakan lalu lintas, kerugian kepada peniaga serta ancaman kepada keselamatan.

Tegasnya, pihak berkuasa memainkan peranan untuk menghalang perhimpunan tersebut.

“Kita secara individu atau NGO nak pergi nak sekat, dia (BERSIH) tak mahu dengar cakap kita, apa kita nak buat, tak boleh buat apa.

“Mereka yang sertai BERSIH ini keras kepala sebab kalau kita cakap tak usah buat dia nak buat juga… kita nak tahan dia, dia nak gaduh dengan kita, jadi akan kecoh dan berlaku pertempuran sehingga boleh mendatangkan kecederaan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Justeru itu, Tajuddin berkata, untuk mengelakkan perhimpunan BERSIH tersebut daripada menimbulkan masalah, ia perlu ditegah daripada diteruskan.

“Kita ada undang-undang, biar undang-undang selesaikan masalah,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dalam satu sidang media telah mengumumkan tarikh perhimpunan besar bagi BERSIH 5 telah ditetapkan pada 19 November depan.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825