Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Perak Sasar Tingkat 50 Peratus Perolehan Koperasi

$
0
0

IPOH:Pendapatan koperasi di negeri ini disasarkan meningkat sebanyak 50 peratus daripada jumlah perolehan yang diperolehi ketika ini dengan berpandukan Pelan Tindakan Strategik Memperkasakan Koperasi negeri Perak 2017 hingga 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan, berkata pada ketika ini, sejumlah lebih dua pertiga koperasi negeri ini berada ditahap kurang memberansangkan apabila perolehan koperasi dibawah RM200,000.

perak-today-3

“Jadi bermula pada 2017 hingga 2020 akan meningkatkan 50 peratus sasaran kepada tahap lebih tinggi lagi,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan bengkel pelan tindakan strategik memperkasakan koperasi Negeri Perak 2017 hingga 2020 di Tower Regency Hotel di sini hari ini.

Katanya, pelan tersebut dirangka bagi mematapkan koperasi negeri Perak bagi tahun 2016 hingga 2020 yang penting melalui SKM memperkasakan koperasi negeri ini.

“Kerajaan negeri ingin membantu meningkatkan pendapatan ahli koperasi, yang berada berada di kluster mikro iaitu mempunyai perolehan dibawah RM200,000 perlu diperkasakan iaitu melibatkan jumlah ahli seramai 380,000 orang.

“Menerusi pelan tindakan telah bekerjasama dengan jabatan kerajaan terpilih kita akan bersama-sama berkongsi idea, termasuk syarikat dan para usahawan membantu koperasi,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, terdapat enam fokus utama yang menjadi isu dan permasalahan telah dirangka dan akan digunakan bagi merealisasikan sasaran berkenaan.

“Pemantapan sistem pengurusan koperasi yang menjadi nadi utama dan perlu dipertingkatkan selain pemantapan pengurusan kewangan.

“Fokus ketiga pembangunan kapasiti koperasi, pembangunan pemasaran produk atau perkhidmatan, teknologi dan inovasi dan pencapaian kualiti dan pengiktirafan,” katanya lagi.

perak-today-1

Tambah Samsudin, enam fokus tersebut akan digunapakai bagi memperkasakan 1,160 koperasi di negeri perak selain meningkatkan perolehannya.

“Semua koperasi disaran menggunakan pelan ini, selain keutamaan diberikan kepada kepimpinan koperasi yang penting dan berubah mengikuti pelan tersebut,” katanya.

Jelasnya lagi, Perak turut mensasarkan sejumlah 2,000 koperasi di negeri ini menjelang tahun 2020.

Terdahulu seramai 160 peserta ahli koperasi seluruh negeri Perak menyertai bengkel tersebut yang diadakan selama tiga hari.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Trending Articles