
IPOH : Kelab Kebajikan Kakitangan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) mengagihkan sekitar 110 bungkus daging korban di dua buah flat, di sini, hari ini.
Presidennya, Abdul Salim Putera Ahmad Shibi berkata, dua buah flat berkenaan iaitu Flat Connoly dan Flat Kinta Height yang juga merupakan aktiviti kebiasan saban tahun.
“Program ini adalah program tahunan dan pada tahun ini, kita menumbangkan dua ekor lembu.
“Seekor adalah untuk ibadah korban, manakala seekor lagi adalah untuk akikah,”katanya ketika ditemui hari ini.
Ujarnya, kesemua daging korban itu akan diagihkan oleh sukarelawan dan kakitangan YBUDR yang sudah bertungkus-lumus semenjak dari jam 8.15 pagi lagi.
““Yayasan Bina Upaya ini membantu golongan sasar, jadi untuk daging korban hari ini kita akan agihkan kepada penduduk flat Sri Connoly dan flat Kinta High dimana penduduk dikawasan flat ini kebanyakannya dari golongan yang susah”, ujarnya.
Katanya lagi, pihaknya turut menjemput seramai 25 orang kanak-kanak daripada Rumah Anak-anak Yatim Miskin Ar-Ridwaniah, Manjoi untuk menghadiri kenduri yang diadakan selain daripada menerima duit raya dari kelab berkenaan.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Pegawai Operasi YBUDR, Hairul Anwar.