Quantcast
Channel: Perak Hari Ini – Perak Today
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825

Pembangkang Hanya Sibuk Berpolitik

$
0
0
2 (18)

IPOH : Sikap pembangkang yang terlalu sibuk berpolitik setiap masa menyebabkan masalah ekonomi dan sosial yang dihadapi kini seakan dilupakan.

Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur, Datuk Azian Osman berkata, pembangkang juga cuba untuk menarik pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk sentiasa bercakap tentang politik.

“Tetapi pemimpin-pemimpin atasan kita tidak lupa kepada agenda dan permasalah ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh masyarakat.

“Tetapi di peringkat pertengahan dan bawahan, ada yang lupa akan agenda perjuangan ini. Masalah-masalah di kampung dibiarkan ditambah lagi ada pepatah ‘jangan jaga tepi kain orang’ yang melemahkan kita.

“Sikap ‘tidak menjaga tepi kain orang’ ini melihatkan kita seperti mementingkan diri,”katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Ipoh Timur di Wisma UMNO, di sini, hari ini.

3 (12)

Ujarnya lagi, pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat cawangan perlu mengambil berat tentang permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat setempat dari sudut yang positif.

“Kena ambil tahu dan ambil berat tentang masyarakat setempat. Masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran sekampung juga perlu kita ambil maklum.

“Bukan sahaja di peringkat ketua kampung, tetapi ketua-ketua serta AJK Cawangan juga perlu memainkan peranan untuk menjaga orang kampung,”katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru agar ahli-ahli UMNO kembali kepada asas perjuangan parti yang mana pada ketika ini, beliau melihat sifat materialistik hampir menguasai perjuangan.

“Kita harus kembalikan ahli-ahli kita kepada asas perjuangan kita yang sebenar kerana kalau kita lari daripada asas ini, kita akan kecundang.

“Kita mesti balik kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air kita yang sebenar,”tegasnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5825